
Untuk memohon kad debit ni senang je, anda perlu ke cawangan CIMB berdekatan dan beritahu pegawai khidmat pelanggan di kaunter hadapan yang anda nak apply kad ATM kepada kad debit. Ambil nombor.
1)Dokumen
yang perlu dibawa
Tidak perlu
bawa dokumen banyak-banyak sebab hanya kad pengenalan dan kad ATM anda. Bila
berada di kaunter, anda perlu isi maklumat pada borang yang disediakan dan tandatangan
beberapa keping kertas.
2)Tukar
nombor pin di mesin ATM
Anda akan
diberikan nombor pin sementara dan anda perlu tukar nombor pin bagi kad debit
dalam masa 24 jam untuk elak dikenakan caj sebanyak RM12.
3)Harga buat kad debit CIMB
Untuk
makluman harga yang dikenakan bagi memohon kad debit adalah RM15.90.
4)'Enable'
transaksi online
Anda akan
menerima SMS yang mengarahkan anda aktifkan
kad untuk transaksi online. Anda perlu hantar SMS mengandungi kod tertentu. Namun
jika gagal, terus hubungi khidmat pelanggan CIMB melalui nombor yang tertera
pada kad debit untuk 'enable' transaksi online.
5)Kad debit
untuk akaun Paypal
Untuk 'verified'
akaun Paypal wajib ada kad kredit atau kad debit. Teramatlah rugi jika seorang
blogger tidak memiliki akaun Paypal. Senang untuk terima bayaran 'advertorial'
dari syarikat luar negara kerana mereka bayar dalam bentuk USD.
