
Ha ha ha.
Tapi mungkin inilah impian hampir semua orang. Malangnya, tak semua orang
mengambil jurusan yang berkaitan dengan teknologi dan mendapat nilai sempurna
seperti yang dikehendaki Google.
Do A Barrel
Roll. Ingin merasakan putaran pesawat tempur? Cuba anda lakukan carian Do A
Barrel Roll di bar carian Google dan saksikan seluruh laman akan berputaran.
What Is The
Loneliest Number. Jangan takut menanyakan pertanyaan pelik pada Google. Lakukan
carian what is the loneliest number dan Google akan menjawab '1'. Kalkulator
akan memberi jawaban sama ketika anda mencari the answer to life, the universe,
and everything dan the number of horns on a unicorn.
Askew. Saat
membuat carian askew ini, anda perlu ingat, kepala anda tidak senget. Tetapi
Google akan mejadi sedikit mabuk dengan carian anda ini.
Google
Gravity. Google sememangnya tiada graviti. Segala data terapung di server
google. Ingin melihat kesan graviti pada Google? Sila lawat ke Google Earth dan
masuki 'Google gravity' dan search I'm feeling lucky. Ketika bar pencarian,
tombol dan logo jatuh ke bawah, anda juga boleh melempar-lemparkannya di
sekitar laman cukup dengan click, drag dan lepasnya.
Recursion.
Apabila melihat cermin, setiap image pantulan adalah terbalik, melihat pantulan
diri seolah tak terbatas? Ini disebut recursion. Menurut Merriam-Webster, kata
ini bererti 'prosedur yang boleh diulang-ulang'. Pada Google, ketika anda
mencari kata recursion ini, anda akan dibawa kembali dan kembali ke laman baru
di mana hal ini seolah tidak ada hentinya.
Where Is
Chuck Norris. Ketika membuat carian where Is Chuck Norris, Google akan memberi
anda laman kosong ketika anda mencari dengan 'I’m Feeling Lucky' untuk mencari
query where Is Chuck Norris tersebut. Pengguna akan diarahkan pada laman Chuck
Norris - Google Search yang menampilkan teks dengan tulisan 'Google tak akan
mencarikan Chuck Norris kerana Google tahu anda bukannya mencari Chuck Norris,
ia yang mencari Anda'. Laman ini juga memberi pengguna pilihan untuk mencari
'laman dari janggut Chuck'.
Once In A
Blue Moon. Bila lakukan carian once in a blue moon, Google Calculator juga
mengembalikan pertanyaan anda. Lakukan carian query baker's dozen dan
kalkulator Google akan menjawabnya dengan '13'. Mencari once in a blue moon
akan memberi anda sejumlah angka komik kecil.
Google dan
Pig Latin. Anda boleh meng'custom' pencarian Google untuk menampilkan teks
dalam sejumlah bahasa, seperti France, German, dan Jepun serta Latin.
Bermain
'Snake' di YouTube. Jika anda sedang menonton video di YouTube, tekan atas
+ kiri secara terus menerus untuk menikmati game 'snake' di video. Trik ini
tidak berfungsi untuk video yang memiliki iklan.
Pekerjaan
Aneh yang Ada di Google
Namun jangan
risau, kerana syarikat yang berpangkalan
di Amerika Syarikat itu tidak hanya mencari mereka yang genius di bidang
teknologi. Dipetik dari Business Insider, berikut 11 pekerjaan atau kedudukan
yang mungkin tidak akan anda percaya ada di pejabat Google.
1. Dance
Program Manager
Hairan? Tapi
inilah kenyataannya. Google sengaja mengupah orang untuk mengajar tarian dan
yoga di studio tarian milik mereka. Tujuannya tidak lain untuk membuat pekerja
tetap sihat.
2. Massage
Therapist
Jangan
bimbang !penat atau badan sengal ketika bekerja. Para pekerja ini siap memberi
urutan untuk anda.
3.
Nutritionist
Tak ada lagi
alasan jajan sembarangan ketika rehat makan tengah hari. Google menyajikan
pelbagai santapan berkhasiat tinggi yang dipilih oleh para Nutrisionist.
4.
Ergonomics Specialist
Tugasnya
mengatur ruang kerja anda agar selesa dan menyihatkan. Mereka memastikan para
pekerja yang lain tidak menderita sakit punggung ketika bekerja. Cukup aneh
kan?
5. Fitness
Program Manager
Para pekerja
bertugas untuk membuat pekerja lain mempunyai badan profesional. Jika anda
ingin kurus dan mengurangkan berat badan, cubalah melamar pekerjaan di Google.
6.
Transportation Program Manager
Tentunya
seseorang harus menetapkan alur pengangkutan para pekerja di Google, misalnya
basikal. Orang yang bekerja di posisi ini harus memastikan semua pekerja boleh
mundar-mandir dengan mudah.
7. Jolly
Good Fellow
Tugasnya
adalah sebagai motivator agar setiap pekerja bekerja secara maksimum.
8. Green Team
Lead
Mereka
diwajibkan mengurus kecekapan tenaga pada bangunan pejabat dan mencari sumber
makanan yang mesra alam sekitar.
9. Food
Scientist
Orang-orang
ini bertugas melakukan eksperimen tentang makanan yang percuma disediakan,
seperti coklat M & M.
10.
Childcare Center Preschool Teacher
Para guru
ini bertugas mengajar dan menyelia kemudahan penjagaan kanak-kanak yang Google
tawarkan di beberapa pejabatnya.
11.
Intergalatic Federation King Almighty and Commander of the Universe
Rasa aneh?
Jabatan yang dipegang oleh Tiffany Montague ini bertujuan untuk menjalankan
projek luar angkasa Google, seperti menghantar robot ke bulan.