Rare! Pejabat Pos Lutong, dah boleh jadi muzium

Sekadar nak buat perbandingan: Pejabat Pos Lutong dan Pejabat Pos Mukah. Apa yang Lutong punya tidak mesra pengguna. Pelanggan berurusan di luar premis. Di Mukah punya macam dalam bank. Hujan atau panas takde hal.

Berpuluh tahun tidak berubah, sedangkan penduduk ramai guna pejabat pos ini. Kesian sungguh kita kalau panas hujan masih lagi berbaris di luar tanpa kemudahan yang cukup. Sayang sekali pejabat pos Lutong sunyi sepi jer .
Kita mengetengahkan isu sebegini dengan niat baik untuk kebaikan semua pengguna, sebab kesian tengok budak-budak dibawa bapa ke situ ternangis-nangis kepanasan. Lagipun gambar ini bukan nak memalukan sesiapa.

Kalau saudara rasa disiarkan di akhbar itu satu cara untuk ke arah penambahbaikan, saya rasa tiada masalah, demi untuk kebaikan penduduk di sekitar Lutong juga.

Subjek yang diperkatakan di sini ialah pejabat pos Lutong. Topik menekankan soal KONSEP iaitu dari segi mesra pengguna premis itu sendiri (bukan mengkritik budaya kerja individu; mereka berkerja macam biasa dedikasi. Jelas, tidak timbul fasal sikap).

Semoga pihak berwajib terbuka fikiran betapa baiknya KONSEP premis mesra pengguna demi kebaikan pelanggan. Manakala untuk perbandingan pejabat pos Mukah adalah sekadar contoh. Kerana Mukah dahulu pun lebih kurang macam Lutong, sebuah pekan kecil tetapi KONSEP pejabatnya lebih mesra pengguna.

Kita mahu pandangan yang menjurus kepada kebaikan bersama masyarakat setempat. Misalnya selepas ini pihak berkenaan akan memikirkan naik taraf KONSEP. Terima kasih.