
Bila seorang
wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
Bila dia
tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri
dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Wanita cukup
sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang
(kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah
jalan).
Jika seorang
wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain (LOH???) maksudnya
wanita lain hihihi...!
Bila lelaki
yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!(sooo sweetttt).
Wanita
memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
Jika kamu
tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak
akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
Jika seorang
gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah
tegur dia perlahan-lahan.
Wanita suka
meluahkan apa yang mereka rasa. Musik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Jangan
sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung
merasa tak berguna.
Bersikap
terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Bila pertama
kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh
seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak
sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
Sebuah senyuman
memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
Jika kamu
menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalmu lebih dalam.
Jika seorang
wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia
kerana dia memang tak berminat denganmu.
Tetapi jika
dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.
Jangan
sesekali menebak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
Setelah
seseorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak
bertemu lelaki ini lebih awal.
Kalau kamu
masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis,
bacalah buku-buku cinta.
Bila setiap
kali melihat foto bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Bekas
kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!
Satu ucapan
saja sudah cukup menceriakan harinya.
Teman
baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Wanita
paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat
kawan mereka yang paling cantik.
Cinta
bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
Semua wanita
menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..
Senjata
wanita adalah airmata!!
Wanita suka
jika sesekali orang yang disayanginya memberi kejutan buatnya (hadiah, bunga
atau sekadar kata-kata romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
Wanita mudah
jatuh hati pada lelaki yang terlalu beri perhatian padanya dan baik terhadapnya.
So, kalau mahu memikat wanita pandai-pandailah.
Sebenarnya mudah mengambil hati seorang wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai.
Sebenarnya mudah mengambil hati seorang wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai.