Kolej MASA Puchong Diiktiraf KPT

Dalam kehidupan seharian kita tentu kita akan memerhatikan sesuatu atau diperhatikan, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat segelintir pelajar di tempat saya belajar sering merungut, memaki, mencaci dan segala macam lagi.

Puncanya mereka bertindak sedemikian adalah dengan alasan mereka kononnya ditipu oleh pihak kolej, tidak akan menjamin kerjaya di masa hadapan dan bermacam-macam lagi.
Saya merupakan graduan IPTS yang sering kali berasa ditipu dan kos hidup di bandar sebagai pelajar sangat tinggi. Tetapi saya cuba hidup dengan berjimat-cermat. Akhirnya dengan doa keluarga, saya berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya. Berbekalkan sijil diploma, kini saya  adalah salah seorang kakitangan awam yang sama seperti mereka berkelulusan IPTA. Pada masa ini tiada lagi perbezaan IPTA dan IPTS, yang paling penting anda berusaha. Di  mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Semua IPTS ada keistimewaan masing-masing.

Pada adik-adik yang dapat tawaran belajar di MASA Puchong, jangan dengar cakap orang, kalau result tidak dapat tempatkan anda dekat IPTA atau IPTS yang lain, syukurlah kolej ini beri peluang. Fikirlah masa depan, sambung belajar selagi boleh cuma kalau nak murah dan selesa masuk Masa. Kalau nak selesa, glamor pegi je la Ling Kok Wing, itu pun kalau mak ayah mampu.
Ini adalah beberapa bukti yang dapat saya tunjukkan kepada anda semua bahawa Kolej MASA bukanlah sebuah kolej penipu, saya akui mungkin penipuan hanya berlaku berpunca daripada fasilitator pendidikan di kolej ini, mereka sanggup menaburkan janji manis untuk pelajar asalkan mereka mendapat untung.

Tetapi janganlah dituduh segalanya buruk. Jadi kepada sesiapa yang sering cakap kosong tu, tataplah gambar-gambar ini dan muhasabah diri tu baik-baik. Kepada mereka yang masih belajar di sini, janganlah rasa rendah diri kerana tiada apa beza untuk seseorang itu berjaya jika orang itu sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Pada bekas staff MASA atau warga MASA yang fikir negatif, hentilah merosak periuk nasik orang lain. Tiada faedah pun awak mengelirukan budak-budak SPM yang nak tahu pasal MASA.

Kepada adik-adik semua yang baru nak kenal dunia luar ini, teruskan dengan pelajaran anda. Bukan apa, kesian dekat mak kat kampung tu. Banyak dah habis duit bagi belajar. Jangan lemah semangat, siapa yang sanggup tengok mak menangis. Kalau betul kolej ini menipu. Biar tuhan sahaja yang balas. Tapi kalau salah apa-apa keburukan kolej ini yang diuar-uarkan. Harap bertaubatlah, dari membazir masa tuduh benda-benda buruk dekat kolej ini. Salam.